Sunday, 25 March 2012

Rancangan Mengajar


                                                   





                                          Rancangan Mengajar

Kelas : Pelangi
Bilangan murid: 20 orang
Umur : 5 tahun
Hari : Isnin
Tarikh : 22.7.2012
Masa: 9.00 am – 9.40 am(40 minit)
Tema : Perayaan di Malaysia (makanan)
Tunjang Utama: Tunjang Komunikasi Bahasa Melayu
Tunjang Disepadukan: Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika (Kreativiti)
                                     Tunjang Sains dan Teknologi­ (Awal Matematik)
Standard Pembelajaran Utama:  (BM 3.5.7) Membatangkan suku kata terbuka                                                            dan suku kata tertutup untuk menjadi perkataan
Standard Pembelajaran disepadukan : (KTI 1.2.8) Membuat corak dan rekaan                                                                       
                                                           mengikut kreativiti sendiri melalui pelbagai aktiviti dengan bimbingan
                 : (ST 8.1.7) Menceritakan situasi yang                                                  
                    melibatkan operasi tambah dalam                                               
                       bahasa harian dengan bimbingan guru
Objektif pembelajaran : Di akhir pembelajaran, murid dapat
i)membaca perkataan mudah dengan bimbingan seperti ‘muruku’
ii)membuat ketupat dengan mengisi beras ke dalamnya
iii)menganalpasti situasi melibatkan operasi tambah
Pengetahuan sedia ada : Murid sudah mengetahui sesetengah makanan perayaan seperti ketupat
Nilai murni : Perhatian, sabar, yakin, tekun dan bersungguh-sungguh
ABM : Kad gambar, kad perkataan, mangkuk, beras
Kecerdasan pelbagai : Linguistik dan muzik
Kosa kata: Ketupat, muruku, kuih bulan, ayam belanda


Langkah / Masa
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Catatan / ABM
Set Induksi
(5 minit)
-Guru masuk ke kelas dengan membawa bakul yang dipenuhi dengan ketupat, kuih bulan, dan muruku
-Guru membuka komputer riba dan memasang lagu hari raya
-Murid tertanya-tanya mengapa guru membawa bakul tersebut

-Murid mendengar lagu yang dipasang oleh guru
ABM : Bakul, ketupat, kuih bulan, muruku
Objektif : -
Nilai : Sabar
KBKK : -


Langkah 1
(15 minit)
-Guru mengajar membaca dengan menggunakan kad perkataan
-Guru menyanyikan lagu perayaan sambil diperhatikan oleh murid
-Guru meminta murid berdiri untuk menyanyi sambil membuat pergerakan
-Murid belajar apa yang diajar oleh guru

-Murid memerhati nyanyian guru

-Murid berdiri dan menyanyi sambil membuat pergerakan
ABM : Kad perkataan dan lagu
Objektif : i
Nilai : Tekun dan sabar
KBKK : Menjana idea

Langkah 2
(15 minit)













-Guru menerangkan tentang aktiviti yang ingin dijalankan iaitu mengisi beras ke dalam ketupat
-Guru memberi arahan untuk melakukan aktiviti
  *isi beras ke dalam   ketupat
  *selepas tiga ketupat yang telah diisi beras selesai, ikatkan ketiga-tiga ketupat tersebut
-Guru menunjukkan demonstrasi tentang aktiviti tersebut
-Guru membahagikan murid kepada empat kumpulan untuk melakukan aktiviti tersebut

-Murid mendengar penerangan guu


-Murid mendengar arahan yang disampaikan oleh guru





-Murid melihat demonstrasi yang ditunjukkan oleh guru
-Murid melakukan aktiviti bersama kumpulan yang telah guru bahagikan
ABM : Ketupat, beras, mangkuk
Objektif : ii, iii
Nilai : Yakin dan teliti
KBKK :  -
Penutup
(5 minit)

-Guru bersoal jawab tentang pembelajaran pada hari ini sambil memegang kad gambar
  *apa yang kamu belajar hari ini?
  *adakah kamu gembira dengan aktiviti hari ini?
-Guru memberikan lembaran kerja kepada murid
-Murid memberi respon dengan pertanyaan guru






-Murid menerima lembaran kerja tersebut

ABM : Lembaran kerja, kad gambar
Objektif: -
Nilai : Bersungguh-sungguh
KBKK : Membuat kesimpulan




Song :  my colourful days
Hari Raya was colourful
iya iya yo
Chinese New year we eat
mooncake
iya iya yo
and deepavali we eat muruku
iya iya yo
lets fun that day we all happy
iya iya yo


Tune : old mc Donald had a farm
                



















No comments:

Post a Comment